.

.

Wednesday, April 29, 2009

bertemu Allah SWT pada 'Yaumut Talaaq'


"pertemuan yang paling agung bagi manusia yang beriman dan beramal soleh, ialah pertemuan mereka sebagai makhluk dengan Allah SWT


firman Allah SWT:

maksudnya: "(Dialah) Yang Maha Tinggi darjat-Nya, yang mempunyai arasy, yang mengutus jibril dengan (membawa) perintah-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentangf hari pertemuan (hari kiamat)."
surah Ghafir / al-Mu;min: (40: 15)

1. Pertemuan antara jasad dengan roh yang telah terpisah disebabkan kematian. Apabila berlaku tiupan sangkakala yang kedua, maka Allah SWT menemukan jasad baru yang dibangkitkan dari kubur masing-masing dengan roh bagi menghadapi janji-janji Allah SWT di akhirat. Janji Allah tidak lain akan menempatkan orang-orang yang baik ke dalam syurga dan mencampakkan orang-orang yang ingkar dan berdosa ke dalam neraka.

2. Pertemuan manusia dengan para anbiya' alaihimussolatu wassalam dan orang-orang yang soleh di zaman mereka, yang telah berjuang menyampaikan ajaran Allah SWT. serta mengamalkannya. Begitu juga manusia akan bertemu dengan manusia paling terkenal dengan kejahatan mereka seperti Firaun, Qarun, Haman dan sebagainya, dan menyaksikan bagaimana mereka menerima balasan azab akibat kejahatan mereka masing-masing.

3. Berlaku pertemuan antara orang yang mati terdahulu daripada kalangan umat nabi terdahulu dengan orang-orang yang mati selepasnya iaitu daripada kalangan umat nabi-nabi dan rasul-rasul yang kemudian.Walaupun mereka sama-sama menghuni dunia tapi mereka tidak pernah bertemu kerana masing-masing berada pada berlainan zaman, maka akhirat menemukan mereka di padang Mahsyar.

4. Manusia dipertemukan dengan segala amal mereka. Mereka akan melihat rakaman segala amalan itu seolah-olah seperti mereka menonton lakonan yang telah difilemkan ataupun di videokan.

5. Manusia akan dipertemukan dengan natijah segala amalan itu, kerana Allah SWT telah menjanjikan balasan baik kepada orang yang taat serta melakukan kebaikan. Sebaliknya Allah SWT telah menjanjikan balasan buruk kepada manusia yang ingkar atau kufur serta yang ingkar serta melakukan kejahatan.

6. Dipertemukan penghuni langit dengan pemghuni bumi..
firman Allah SWT:
maksudnya:"Dan datanglah Tuhanmu, sedang malaikat berbaris-baris."
surah al-Fajr (89: 22)
7. Pertemuan yang paling agung bagi manusia yang beriman dan beramal soleh, ialah pertemuan mereka sebagai makhluk dengan Allah SWT sebagai Khaliq.Nikmat yang paling besar yang akan dirasai oleh oarang-orang mukmin di akhirat kelak, bukanlah nikmat syurga yang dihiasi mahligai kayangan, serta dilengkapi inang pengasuh serta isteri-isteri jelita daripada kalangan bidadari. Sebaliknya nikmat yang paling besar ialah apabila manusia bertemu dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT..

yang bermaksud: :Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri, kepada Tuhan-Nya mereka lihat."
Surah al-Qiyamah (75:22-23)