.

.

Wednesday, November 4, 2009

Hati....

assalamualaikum..alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat ilahi..dengan limpah dan kurnianya dapat lagi bernafas di pagi yang indah ini..
hari ni terasa nak kongsi cerita sikit la..semalam saya dan beberapa orang sahabat pergi ke ladang buah di upm..hhmmm, teringin untuk makan rambutan,so pergi la membelinya..sambil berjalan menikmati keindahan alam, kami makan buah rambutan yang dipetik dari pokok..fresh2 lg..sambil2 tu, kami berqasidah memuji Rasulullah..tetiba..ada seorang sahabat berkata "pokok yang tinggi itu adalah pokok yang baik"..hhmmm, saya dan seorang lagi kawan adalah dari fakulti pertanian,jadi seorang sahabat tu berkata.."bukan, ia tinggi sebab kebanyakan pokok yang lain dicantas..dbuat pemagkasan.." saya mengiakan la..sebab kitorang menggunakan teori pertanian..kami berjalan disekitar kawasan tu, buah yang ada, kami makan..pulasan dan rambutan..bila tiba waktu untuk timbang buah2 yang kitorang ambil, seorang sahabat bertanya.."pakcik, durian tu jual tak"..pakcik tu cakap.."tak jual kat sini..tak boleh beli"..sedihnya rasa hati ini..huhuhu..sebab teringin juga untuk merasai buah tu..tetiba pakcik tu cakap.."kalau nak makan..ambik yang kat sana tu, tapi kl nak beli, tak boleh"...alhamdulillah..syukur..dapat juga makan...
Kemudian kami balik..dan beli lauk untuk makan nasi dalam talam bersama2 di surau..selesai makan..kami adakan sedikit usrah,sekadar untuk renungan bersama...
"alhamdulillah, selesai kita buat aktiviti bersama,hari ni kita akan bincangkan perkara yang berkaitan dengan 'HATI'..tapi sebelum tu, marilah kita bersama-sama renung kembali peristiwa pagi tadi..ingat tak ketika akak cakap 'pokok yang tinggi adalah pokok yang baik' sebenarnya ada maksud tersirat dalam ayat akak tu, tapi ma telah potong dengan guna teori pertanian tu..mmg betul, cuma akak nak kaitkan dia dengan satu kisah...kisah sebiji apple..ada sebiji apple yang berada tinggi nun di atas pokok..apple tu berasa sedih kerana tiap kali orang datang,dia akan mengambil apple yang rendah..tak ambil apple yang tinngi tersebut..pada suatu hari, dia menjatuhkan dirinya ke bawah..tetapi, orang tidak juga mengambilnya..renungannya disini..apple yang tinggi itu diibaratkan seperti seorang perempuan yang menjaga dirinya..yang maruahnya dijaga..yang dibawah itu, perempuan yang biasa2 sahaja, yang tidak terlalu menitik beratkan ttg batas2, dan garis panduan yang telah disyariatkan dalam islam..selepas perempuan yang tinggi itu menjatuhkan maruahnya..menjadi perempuan yang tidak lagi perpegang pada hukum2 islam,dengan harapan, ada seorang jejaka yang akan mendampinginya..tetapi ia tidak juga dihiraukan..kerana masih ramai perempuan2 yang lebih elok darinya..pengajarannya disini..kita mestilah menjaga maruah dan menjadi seorang muslimat yang tinggi keperibadiannya,jangan risau pada jodoh kerana semuanya sudah ditetapkan, apa yang penting, kita sebagai hambanya..hanya mampu berdoa..berdoala.jangan kerana seorang lelaki,kita menjatuhkan maruah kita sendiri..dan 1 lagi pasal qasidah yang kita lakukan,semua makhluk2 ALLAH yang ada disekitar itu mendengar dan mungkin mereka juga bersama2 berqasidah bersama kitapokok2, rama2 putih..tetapi,kita yang tak dapat mendengarnya..betapa terbatasnya pendengaran kita.."kata seorang kakak.
berbalik pada tajuk usrah kami..iaitu mengenai hati..saya ringkaskan..bukan apa..kesian pada sahabat2 untuk membaca panjang lebar ni..huhuuuu

hati ni ada 3 jenis
1)qalbun sahih..hati yang hidup..dimana sesiapa yang memiliki hati ini, sentiasa melakukan kebaikan, segala yang dilakukan disandarkan hanya kerana Allah SWT..menyayangi kerana ALLAH dan membenci juga kerana ALLAH..dia takut dan tidak tenang apabila melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
2)qalbun maridh..hati yang sakit..hati ini adalah hati pertengahan..jika tergelincir ke arah keburukan, maka matilah hatinya.jika naik imannya..maka hidupla hatinya..dalam hati ini..ingin melakukan kebaikan,ingin juga melakukan keburukan(larangan - larangan Allah)..kadang2 ketika melakukan keburukan, dia akan rasa bersalah, takut, tidak tenang..kadang2 juga ia akn rasa seronok dan biasa bila melakukannya..keinsafannya akan datang pada waktu2 tertentu sahaja...
3)qalbun mayyid..hati yang mati..hati ni suka melakukan kejahatan..rasa biasa, seronok malah menjadi pembela kepada dosa..dia langsung tidak takut pada Allah dan azab yang telah dijanjikan..

dengan ini, marilah kita sama2 menilai..manakah golongan hati kita..perbaiki lagi kelemahan kita,perkukuhkan lagi iman kita supaya kita menjadi seorang hamba yang bersyukur dan mendapat keredhaan dari Pencipta yang Maha Esa..
buat masa sekarang, ini sahaja dari saya..wallahua'lam dan assalamualaikum

Monday, November 2, 2009

assalamualaikum..dah agak lama jugak saya tidak update blog ni..almaklum ajela..sibuk dengan tugas sebagai pelajar ni..hhmmm, kalau dah kerja lagila sibuk..tapi takpe..saya cuba juga untuk menulis dan meng update apa yang patut..kpd org2 bahasa..maafla ye krn saya ni mmg suka rojakkan bahasa..heee

hari tu..adala pinjam buku dengan seorang sahabat ni..buku bertajuk hari-hari dalam hidupku..buku ni bagus sangat untuk tatapan semua muslim untuk membangkitkan semangat perjuangan, memperjuangkan kebenaran..buku ni mengenai zainab al-ghazali al-jubaili..ia mengisahkan ttg seorg mujahidah yang mewakafkan dirinya untuk ALLAH..berjuang dijalan ALLAH..sanggup disiksa demi mendapat redha ALLAh..sgt sedih dan dukacita bila menghayati ketika beliau disiksa oleh puak2 taghut..beliau disiksa tanpa belas kasihan..walaupun yang demikian, semangat dan keimanan beliau tidak pernah tergugat dek siksa yang mendatang..nikmat bertemu Rasulullah di alam mimpi menaikkan lg semangat perjuangannya..siksa kekejaman dari pihak taghut bagaikan tidak terasa lagi baginya..bayangkan..alangkah indahnya dan bertuahnya kita jika dapat mimpikan Rasulullah..pesuruh ALLAH..tapi....LAYAKKAH KITA..dengan amalan yang tidak seberapa ini..dengan keimanan yang tidak seteguh dan sekuat zainab, layakkah kita untuk mimpikan Rasulullah...????

sebenarnya buku ini tidak habis dibaca lagi..almaklumla, sekarang ni musim exam, ni curi2 masa cket untuk tambahkan pengetahuan dan semangat jihad..nanti saya akan sambung lagi dilain masa mengenai srikandi aslam ini..insyaallah..