Pada 28/1/11 (Jumaat) menghadiri kuliah Fiqh yang dikhaskan untuk wanita sahaja :-)..
Terasa ingin berkongsi sedikit ILmu yang saya dapat hasil dari pembelajaran pada hari tersebut....
hehe...layannnn....
- Hikmah ALLAh mengutuskan Rasul Yang UMMI adalah kerana untuk menafikan bahawa Rasulullah yang mendatangkan atau mereka Al-Quran..
- Islam sangat mementingkan Ilmu sehinggakan perkataan Ilmu diulang beratus-ratus kali di dalam Al-Quran...
----------->Kepentingan Dan Keutamaan Ilmu dalam Islam
- wahyu yang pertama diturunkan adalah mengenai ilmu..IQRA'..Bacalah... -----------wahyu pertama mengenai membaca, ini kerana membaca adalah kunci ilmu..
- ALLAH bersumpah dengan 'pena' dalam surah NUN
- Ilmu adalah sebagai perbezaan antara orang jahil dan alim..
- Kesaksian Allah, Malaikat dan ulama' terhadap wahdaniyyat (keesaan) Allah... ---------islam memberi kedudukan yang tinggi kepada ulama'. Allah meletakkan Ulama' pada tempat yang ke-3..(Rujuk surah Ali-Imran:18)
- Ilmu adalah salah satu sifat Allah.... ----Allah menjadikan perkataan ilmu itu sebagai salah satu sifatnya yang tinggi...
::sesiapa yang menginginkan dunia..mestilah dengan ILmu:: ::sesiapa yang menginginkan akhirat..mestilah dengan Ilmu:: ::sesiapa yang menginginkan kedua-duanya..ia juga mestilah dengan ilMu::
No comments:
Post a Comment