.

.

Monday, January 31, 2011

'2012 the destruction of the world"

Sudah lama rasanya membiarkan blog ni berhabuk tanpa sentuhan... nak cakap sibuk..tidaklah sangat..tetapi memang agak sibuk dengan tugasan final year project..hmmm...


Baru-baru ini ada menghadiri satu program yang sangat bermanfaat untuk kita di akhir zaman ni..tajuknya "2012 the destruction of the world" yang merungkaikan pelbagai persoalan yang ada dibenak setiap masyarakat yang mendengar atau mungkin juga ada yang melihat movie tentang 2012 yang telah ditayangkan dipawagam dinegara ini..

2 orang panel yang cukup mantap telah hadir pada malam tu..beliau adalah Tuan Mohd Khalid Yahya iaitu penulis buku "2012 sebuah konspirasi galaktik' dan juga ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman..

Mungkin disebabkan ramai yang ingin merungkaikan persoalan yang ada diminda mahasiswa/wi ini..sangat ramai yang hadir pada malam tersebut...sampaikan ada yang terpaksa duduk atas tikar..dewan sangat penuh dgn mereka2 yang hadir utk mendengar tenteng 2012 ni..saya la salah seorang yang terpaksa duduk atas tikar ni...xpela..utk mendapatkan ilmu kan..apa-apa pun boleh..huhu..




Sangat menarik isu-isu yang telah dikupas oleh kedua-dua panel ini. antaranya adalah mengenai 2012 ni..mungkin 2012 ni ada perancangan dari yahudi untuk memusnahkan keamanan didunia ini..sape taw kn!hhmm...seperti insiden yang berlaku di amerika tentang runtuhnya bangunan berkembarnya tu..en.khalid telah menunjukkan kepada kami semua tentang movie yang telah ditayangkan pada tahun sebelum kejadian..kalau tak silap saya pada 5 tahun sebelum kejadian..dalam cerita itu, banyak kali ditunjukkan angka 9 11..yang menunjukkan kejadian itu berlaku pada 11 september..movie ni byk membuka mata/minda saya..hmmm..

berbalik pada cerita 2012 tu..mungkin ada somthing yang dorg nk wt..mgkin perang dunia ke 3..jika dilihat pada filem 2012 tu..dunia xhancur tetapi kapal besar mereka berada ditengah laut menuju ke jurusalem yang merupakan pnempatan mereka.. banyak konpirasi yang mereka lakukan secara senyap2..dgn itu kita sepatutnya lebih berhati2....

Saya sangat tertarik dengan satu soalan yang telah dikemukakan oleh seorang mahasiswa mengenai mengapakah orang Yahudi takut jikalau air laut galilee atau nama lain baginya ialah tasik Tiberia kering??? mungkin ia juga menjadi persoalan pada kita semua..kenapa ye???hmmm.....

Jawapannya ialah...Orang yahudi takut kerana apabila keringnya laut tersebut, akan turunya Nabi Isa A.S kerana itu adalah tanda-tanda kiamat sudah terlalu hampir...

Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)


Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan. Allahu a'lam.

(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang diterbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim")


mungkin setakat ni saje yang boleh sy lakarkan..penat sudaaa...

No comments: