.

.

Monday, January 31, 2011

::KeduDuKaN ILmU DaLam Islam::





Pada 28/1/11 (Jumaat) menghadiri kuliah Fiqh yang dikhaskan untuk wanita sahaja :-)..
Terasa ingin berkongsi sedikit ILmu yang saya dapat hasil dari pembelajaran pada hari tersebut....
hehe...layannnn....

- Hikmah ALLAh mengutuskan Rasul Yang UMMI adalah kerana untuk menafikan bahawa Rasulullah yang mendatangkan atau mereka Al-Quran..
- Islam sangat mementingkan Ilmu sehinggakan perkataan Ilmu diulang beratus-ratus kali di dalam Al-Quran...

----------->Kepentingan Dan Keutamaan Ilmu dalam Islam

  1. wahyu yang pertama diturunkan adalah mengenai ilmu..IQRA'..Bacalah... -----------wahyu pertama mengenai membaca, ini kerana membaca adalah kunci ilmu..
  2. ALLAH bersumpah dengan 'pena' dalam surah NUN
  3. Ilmu adalah sebagai perbezaan antara orang jahil dan alim..
  4. Kesaksian Allah, Malaikat dan ulama' terhadap wahdaniyyat (keesaan) Allah... ---------islam memberi kedudukan yang tinggi kepada ulama'. Allah meletakkan Ulama' pada tempat yang ke-3..(Rujuk surah Ali-Imran:18)
  5. Ilmu adalah salah satu sifat Allah.... ----Allah menjadikan perkataan ilmu itu sebagai salah satu sifatnya yang tinggi...


::sesiapa yang menginginkan dunia..mestilah dengan ILmu:: ::sesiapa yang menginginkan akhirat..mestilah dengan Ilmu:: ::sesiapa yang menginginkan kedua-duanya..ia juga mestilah dengan ilMu::

No comments: